Pages

Followers

Wednesday, 21 September 2016

Hilang Rahmat Allah

  • Seketika aku terpanggil untuk berkongsi info alam rumahtangga  yang makin mencabar di masa kini.
  • Ramai wanita stress dengan perangai suami masing2 sehingga kan ada yang ditimpa kemurungan yang berat.Ya Allah bantulah mereka dan sembuhkan mereka.  
  • Antara punca utama isteri tidak diberi perhatian oleh suami dan tidak dikasihi disayangi dibimbing dan tidak diajar dengan Islam dan Sunnah Nabi saw.. Bila KETUA KELUARGA terlupa maksud hidup ini yang sebenarnya. Tujuan Allah hantar ke dalam dunia ini dan mula sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam keperluan hidup dan tidak mengutamakan yang utama kerana lalai atau jahil

Isteri buat pahala tak berhenti...

dia bekerja bantu suami yang sebenarnya kerja cari nafkah ialah suami..suami kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga..Allah ber pahala sedekah buat wanita..mereka cuba bantu suami. ringankan beban suami kerana ALLAH

  • isteri mandikan dan uruskan anak anak seorang diri
  • isteri uruskan keperluan dan kehendak anak tanpa meminta duit dr suami
  • isteri kemas rumah dan layan karenah anak anak
  • isteri bersiap untuk suami (tu pun kadang difitnah , bersiap untuk lelaki lain)
  • isteri bawak anak  ke klinik/hospital
  • isteri sakit pening takde mc trus jaga anak dan urus rumah tangga. urus semuanya walau dapat cuti sakit. kalau robot boleh meletup.kalau kapal terbang boleh trehempas.inikan manusia bernama wanita.makan ala kadar,  tidur xtentu masa.
dia buat semua sedangkan dia ada SUAMI....
  • suami subuk dengan handphone 24jam dgn alasan buat kerja!!
  • sumi sibuk dengan urusan kerja luar, keluar malam2 macam orang bujang balik 4-5 pagi
  • suami sibuk tidor diruang tamu sedangkan nampak isteri mcm sotong buat semua kerja
  • suami sibuk memenuhi hobi sendiri (memancing,bersukan)
  • suami bila sakit baru tau duduk rumah dan minta perhatian mcm raja
  • suami bila penat berehat tak ingat dunia, tidur sepanjang hari
  • tapi...suami bila ditegur mula lah nak mengamuk , marah , melenting..

bukan nak salahkan suami/lelaki...dan bukan lah kata perempuan ni macam malaikat tetapi laluilah hidup ini dengan cinta dan perasaan...melihat dengan cinta...mendengar dengan cinta...berkhidmat dan bersama dengan cinta...

sakit jugak lah kalau duduk sebumbung tapi..hidup dengan syak wasangka buruk terhadap pasangan... melihat dengan benci dan dendam...mendengar kerana terpaksa....berkhidmat sekadar melepas batuk ditangga....cinta hanya pada nama..dasar nya....cinta makin pudar...

sebenarnya ini semua terjadi kerana hilang nya rahmat Allah..antara jalan yang terbaik
  • solat 2 rakaat minta pertolongan daripadaNYA, semua masalah dalam genggaman Allah, merayu kasih sayang dan rahmat Allah
  • jaga solat awal waktu.. solat tahajud bersama
  • suami balik isya dari masjid terus balik rumah dan buat amalan Ta'lim dengan keluarga
  • suami isteri harus olong menolong, suami kena berebut rebut nak tolong isterinya
  • makan bersama isteri dan anak anak semeja lagi afdal sedulang dengan kasih sayang
  • rajin ucap terima kasih sayang dan pujian buat pasangan
  • jika kita boleh layan orang luar baik2,ini pula isteri kita...
  • tidur bersama,peluk isteri ,belai dengan penuh kasih sayang..bercinta setiap hari sampai mati
  • bawa isteri berdakwah dan belajar ilmu dijalan Allah
  • jika ada ruang 3 bulan sekali bawalah isteri berdating untuk 3 hari, berdatinglah sehabis romantik hanya berdua...ya berdua tanpa anak (anak tinggallah dgn mak/mertua sekejap)
  • banyak luangkan masa bersama keluarga..bertukar tukar cerita..alangkah indah nya hidup seumpama Semanis Kurma
begitulah sedikit sebanyak info yang saya nak kongsikan. selebihnya...terpulanglah pada penerimaan memasing.Masyallah..indah nya alam rumah tangga...

#maaf andai ada yang tersinggung

Thursday, 11 August 2016

indahnya jika......tapi alhamdulillah....

'isteri ini kaum yang lemah lembut dan perlukan kasih sayang, 
bukan dibuat macam binatang. Betul kan?
kalaupun ada isteri yang jenis pentingkan diri,
suka melawan suami dan sebaginya. 
Suamilah yang kena bentuk'

isu semsa masa kini adalah sangat menduga akal fikiran
kadang benda yang tak logik,pun boleh je org buat dgn selamber
ape pun..tepuk dada tanya hati
kalu ikut hati ..sukahati lah ...

'kesetiaan wanita diuji ketika suaminya tidak memiliki apa-apa,
lelaki diuji ketika dia ada segalanya'

betul jugak kan...dr pembacaan kita di surat khabar atau
kita tengok drama kat tv tu..ermm...

Allah melaknat  suami jika melakukan beberapa perkara
terhadap isterinya


-menjadi isteri pemimpin rumahtangga

'Rasulullah saw. bersabda: ‘Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.’ (HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasa’i)
Saat ini banyak suami yang malas bekerja dan hidupnya bergantung kepada isteri sehingga secara tak langsung menjadikan isteri sebagai pemimpin rumah tangga.Suami seperti ini tentu saja telah berbuat durhaka kerana tak melaksanakan kewajipannya dan menyulitkan isterinya dengan keharusan menafkahi dirinya. Ia akan kehilangan martabat dan harga diri di hadapan manusia terlebih lagi di hadapan Allah.'

-tidak memberi wang belanja
“Rasulullah bersabda: ‘Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya.’” (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)
“Dari Asyah ra, bahwa Hindun binti Utbah pernah berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kedekut dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untuk aku dan anakku, sehingga terpaksa aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuannya.”
Beliau bersabda:’ Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar. “(HR.Bukhari no.4945 CD, Muslim, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan Darimi)

-menuduh isteri berzina
“Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka berzina, padahal mereka tidak memiliki saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari mereka adalah bersumpah empat kali dengan nama Allah bahawa sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar (dalam tuduhannya) (7) dan kelima kalinya (dia mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong orang orang yang berdusta. “(QS.An-Nuur (24): 6-7)
-memukul dan memburuk kan isteri
Dari Mu’awiyah Al-Qusrayiri, dia berkata: “Saya pernah datang kepada Rasulullah saw. ‘ dia berkata lagi: ‘saya lalu bertanya:’ Ya Rasulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap isteri-isteri kami? ‘Beliau bersabda:’ … janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk-burukkan mereka. ‘”(HR Abu Dawud no 1832)

maka beringatlah wahai suami isteri
kerja sama dan persefahaman penting dalam hal hidup bekerluarga ni.


Tuesday, 9 August 2016

raya kami 2016


walau post ni dah telambat sangat. tapi tetap nak cerita pasal raya kami untuk ingatan manis kami.
raya tahun ni kami raya berempat. alhamdulillah kami masih bersama.
ceria.suka.duka.ketawa.nangis.senyum.marah.
hanya kami 
mama+damia+saqinah+marsya
#nyawamamaduniaakhirat

kami dapat hamper raya

kami dapat duit raya awal

kami ada bekas kuih raya.walau xde isi biskot raya

alhamdulillah...dpt aku tunaikan zakat fitrah

ready nak balik raya....inikanraya
kecerian kami dipagi raya


walau tak sempurna tapi kami bahagia
insyallah andai ini kehendak dariNYA
kami akan redha...

Salam Lebaran 2016

#inikanraya
#suamitakdapatberayabersama

kejar bayang bayang....

dalam pada kau mencari kesalahan orang lain
sebenarnya kau membuka keburukan diri kau sendiri
sangat sangat kau lupe dan kau buat buat lupa
siapa dia? siapa aku? kau siapa? aku siapa?
jangan hanya bayang bayang jahat membuatkan kau
menikam seseorang dalam diam
kau sakit kan hati semua orang
kau lukakan perasaan insan yang tak bersalah

jalan yang kau tuju adalah jalan kehancuran
jalan yang rosak dgn tingkahmu
kau sangup menjadi munafiq
hanya kerana kau dgn bayang bayang kau
untuk mencari kebenaran dr kehancuran  orang lain...

#janjiallahitupasti

diam bukan beerti hilang...diam diam dengan pelbagai cerita

assalamualaikum..
dairi maya ku ini telah lama ku tak jenguk
harap masih ade yang sudi membaca, skodeng,mengkomen,
walau cerita biasa biasa saja
tpi cukup lah sekadar untuk rujukan diri sendiri

memang lama sgt dh aku xupdate cerita
bukan xde cerita
tapi terrrlaluuuuu byk sgt cerita sampaikan
tak dan nak mencoret
pelbagai dugaan pelbagai cerita pelbagai kisah manis pahit
untuk aku kongsi bersama

untuk permulaan..

900 FACEBOOK friend
250 WHATSAPP contact
still outside the ICU he had only his 
WIFE, CHILDREN and PARENTS 
for whom he NEVER HAD TIME TO SPEND !!!

remember that ..

"ketikau kau mencari yang sempurna,
mungkin kau akan hilang yang terbaik"

ada betul lah segala mutiara kata , kata kata hati dan pelbagai
cuma kesedaran kita je ... xdiendahkan
cuma kita faham  atau kita buat buat tak paham

tepuk dada tanya lah hati

#taksemuamanusiasama

Friday, 10 June 2016

Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-10

assalamualaikum

kalau ikut kan bulan islam..untuk tempoh 1 dekad@10 tahun aku dah berlalu pada 22Feb 2016 bersamaan 13 Jamadilawal 1437.

kejadian berlaku 10 tahun yang lepas,...dimana tarikh 10 Jun 2006 , tepat pada pukul 11am aku telah diijabkablkan oleh tok kadi di Masjid Kampung Sungai Knadis Klang. Alhamdulillah semua syarat-syarat dan pelbagai amanat telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, terutama lelaki yang aku nikahi.

betapa gembira dan bersyukurnya aku dengan pernikahan ini. kerana suami ku adalah cinta aku yang aku idamkan. walau dalam tempoh perkenalan dan sesi berkawan . ramai jugak yang ingin masuk jarum. tapi alhamdulillah cinta aku kuat. ini kerana aku yang jatuuh hati terhadap dia. maka akan ku jaga , akan kupertahankan, akan ku semadikan selamanya dia lah lelaki yang akan bertahta dlm hatiku. dan aku bertekad kau lah lelaki yang pertama dan terakhir menikahi aku. inysallah tiada yang lain.

seluruh keluraga ku trut meretui kami. kami hidup aman dan bahagia seadanya. andai perselisihanfaham tu biasalah, adat berumahtangga. tapi kami masih dpt membezakan mana yang haram dan halal serta mana yang boleh dan tidak.

selepas masuk fasa ke 9 tahun hingga kini....kehidupan aku diuji olehNYA..YA ALLAh....aku terima segala ujian Mu...aku redha segala janji Mu..aku pasrah dengan suratan Mu..aku cuba harungi..aku cuba bersabar..aku cuba redha..dengan segalanya..segala nya aku lakukan dengan baik,agar kecerian, kebahagiaan akan muncul kembali walau sedikit...

kami rindukan kenangan manis kami Ya Allah...
kami dahagakan kasih sayang mu...Ya Allah

semoga aku dan keluarga diberi sinar yang berkekalan hingga ke jannah...

selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun 10/6/2006 - 10/6/2016


Thursday, 2 June 2016

Bicara Hati

memang benar hatiku terusik
memang kuat jeritan batinku menjerit
memang sakit nya hatiku bila di khianati
memang semua kenangan indah itu menjadi hiburan ku
memang aku kesunyian
memang aku kehilangan
memang aku perlukan keredaan dalm kehidupan
memang aku perlukan sokongan semangat
memang aku bakal kehilangan yang tersayang
memang aku kebuntuan
memang aku dalam kesulitan
memang aku sedang diduga olehNYA
 YA ALLAH..terima kasih atas peringat semua ini
KAU bimbinglah aku dalam  keredaan


jangan minta hidup yang mudah
tetapi mintalah hati yang tabah
kerana ujian hidup itu adalah FITRAH

wanita


Hukum Karma



Janji Allah itu pasti
ya Allah...kau lindungi lah aku dari segala dendam dan kejahatan dunia...
kau berikan aku keredhaan dalm kehidupan dan dugaan

Sunday, 1 May 2016

1 May 2016 ..its my birthdy

alhamdulillah....
harini genap aku berusia 36 tahun
ya ALLAH terima kasih kerana memberikan aku kehidupan yang panjang
setiap perlakuan yang aku lakukan adalah diperhatikan
yang penting iman harus kuat..kesihatan harus jaga
insyallah semua nya akan selamat dunia akhirat

buat myMom 
yang telah melahirkan aku 36 tahun yang lalu
alhamdulillah...terima kasih kerana telah mendidik ku hingga
aku menjadi seorang anak , isteri dan ibu yang bahagia
ya ALLAH..kau pjgkan lah usia emak ku dan diberikan kesihatan yang baik
terima kasih jugak untuk myMom sbb sudi menjaga anak anak ku
tanpa penat dan mengeluh
sepeninggalan ku mencari rezeki

buat myDad
yang telah memberikan ku sepenuh kasih sayang dr dulu hingga kini
serta masih memenuhi keperluan aku dan cucu cucu nya
ayah byk berkorban dan byk bersabar kerana melayan karenah kami
semoga ALLAH menjadikan kesihatan ayah baik sepanjang tahun

untuk adik bradikku
kita adalah 4bradik yang penuh dengan pelbagai ragam dan perangai
semua yang kita lalui dr dulu hingga kini
adalah lumrah kehidupan
terima kasih ku yang tak terhingga kerana
kita tak pernah berpisah
walau pun menghadapi dugaan hebat
semoga persaudaraan kita akan kekal hingga ke jannah

untuk myPPG
mama terlalu sayangkan korang semua
walau korang selalu buat mama hot temper...tapi korang jua lah yang
menceriakan kehidupan mama
ya ALLAH...kau lindungi lah anak anak ku dr segala kejahatan didunia
my1st @damia garang mcm mama
my2nd @baby awak sgt byk idea
my3rd @marsya awak sgt manja
mama sayang korang dunia akhirat, tanpa korang tak beerti hudup mama

untuk semua yang kenal aku
terima kasih  kerana ambil berat dan penuhi hidupku dengan
keringan dan keindahan
tanpa kamu semua...hilang lah seri dalam kehidupan

untuk myB
terima kasih kerana mengajarku tentang kehidupan !!

ya allah....sesungguh nya aku sgt sgt bertuah kerana di bekalkan dengan pelbagai dugaan dan peringatan dlam hidup seharian ku.
semua yang berlaku dalam kehidupan ku ini semoga menjadi
asam garam dalam kehidupan ku
kenangan manis yang terindah adalah mudah didapatkan
kenagan pahit itu yang menjadi igauan seharian dan menakutkan

hidup harus diteruskan
walau apa pun berlaku


Makcik Anak 3






Friday, 29 April 2016

ujian kifarah dosa ?

Apabila kita di uji
hati berbisik
orang sekeliling menasihati..

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

ya betul..tapi..
kita makin sedih..makin kecewa..makin meratapi dosa
Allah jua diajukan soalan
kenapa dan mengapa
kenapa aku..kenapa aku
kenapa aku?

wahai kawan(hati)...berhenti sejenak
tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

Allah dan janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO...
INNA MA'AL USRI YUSRO...
INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu bersama kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji..
bahkan lebih hebat daripada kita..
adakah kerana DOSA?
(Allahuma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badanya..terputus dua
adakah kerana DOSA?

Sumayyah dicampak ke dalam parit api
habis keluarga
adakah kerana DOSA?

Billa bin Rabah juga terseksa di dunia
dihenyak kan batu besar diatas dada
adakah kerana DOSA?


Bukan Bukan Bukan
Bukan kerana DOSA semata-mata..

Allah uji untuk menaikan darjat
Allah uji sebab dia kasihkan kita
Allah rindu airmata kita..
bahagianya....

manusia tak suka tengok orang menangis
tapi ALLAH suka !!!

BILA KITA MENANGIS , MALAIKAT TADAH AIRMATA..
SIMPAN DI AKHIRAT...AIRMATA KEINSAFAN KITA
YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU
MEMADAMKAN API NERAKA...

jangan prejudis pada Allah
pabila diuji
jangan menghukum diri
pabila diuji

lebih baik ambil wudhu'..
solat dua rakaat..
lepas salam..
istighfar dan selawat..
senyum emandang kelangit..biarlah air mata berlinang

Ya ALLAH....sungguh nikmatnya ujian darimu....



Monday, 25 April 2016

Hati Yang Mati

sekadar renungan untuk dikongsi bersama
di kala ini 
aku sering tertanya
adakah sifat sifat ini yang menjadi panduan seorang umat
kerana manusia seakan leka dengan dunianya sendiri
tanpa peduli perasaan orang lain
yanpa rasa bersalah menyakitkan org lain
ya ALLAh..jauhkan lah aku dari sifat sifat di bawah...


  1. Kita mengaku kenal Allah, tetapi kita tidak menunaikan hak nya
  2. Kita mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kita abaikan sunnah baginda
  3. Kita membaca al-quran , tetapi kita tidak beramal dengan hukum2 didalam nya
  4. Kita memakan nikmat Allah, tetapi kita tidak mensyukuri dengan pemberian nya
  5. Kita mengaku syaitan itu jahat, tetapi kita mengikutnya
  6. Kita mengaku ada nya nikmat syurga, tetapi kita tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Kita mengaku adanya seksa neraka, tetapi kita tidak berusaha menjauhinya
  8. Kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kita tidak bersedia untunya
  9. Kita sibuk membuka keaiban orang lain, tetapi kita lupa keiban kita sendiri
  10. Kita menghantar dan meguburkan jenazah dan mayat, tetapi kita tidak ,mengambil iktibar drpanya.

sedikit info untuk perkongsian bersama
betul tu..

Friday, 8 April 2016

jambatan dalam kehidupan

jambatan adalah penghubung dari satu tempat ke tempat lain
jika kita tak jaga jambatan dengan sempurnah
maka jadilah..Jambatan Sudah Roboh....
mcm lagu kekcik kita dulu

bukan mudah juga kita nak mengekalkan jambatan/hubungan yang kita bina
bermadah berhelah sesekali best jugak kan..
untuk peringatan sendiri



Tuesday, 29 March 2016

wanita dan jawatan

assalamualaikum

selamat bersiar kembali , selepas kemalasan melanda
masa sangat cemburu dgn kita
hihii...sebenarnya banyak jugak cerita yang terlepas
mana yang ingat akan ku kongsi kan bersama dlam diari maya ku ini

kehidupan seharian ku masih biasa
sibuk menguruskan myPpg
mana lagi dengan kerja rumah
kerja di pejabat
alhamdulillah..selagi aku diberikan kesihatan yang baik..
akan kusandang jawatan untuk semua diatas dengan jaya nya
aamiin..

wanita- pekerja
wanita-tukang masak
wanita-tukang cuci
wanita-driver
wanita-doktor
wanita-tukang kebun
wanita-cikgu
wanita-ustazah
wanita-guru disiplin

dan pelbagai jawatan yang bergelar wanita ni
walau bukan sebagai surirumah sepenuh masa
aku bsyukur dapat menlaksanakan tugasan harian dengan jayanya

samalah dengan ibu ibu diluar sana kan...


Wednesday, 9 March 2016

jom pergi rombongan


haritu my3rd dpt joint g rombongan di prasekolah nya
punya lah seronok sbb lama dah dinantikan dan dikira hari
ronda Putrajaya dan anjung tinjau Klia 

semua anak anak pra sgt gembira habis kan masa bersama




alhamdulillah..dah sampai..muka penat je tu ape pun..ejoiceee

gerhana matahari


gerhana matahari

berlaku dalam masa pukul 7.20am - 9.31am


subhanaallah...
alhamdulillah....dpt merasai melihat semua ni

Monday, 22 February 2016

alhamdulillah - 1 dekad -

salam 1 dekat bersama membina bahtera kami
( 13 Jamadilawal 1427 - 13 Jamadilawal 1437 )

walau bahtera kecil tapi penuh dengan onak duri
ribut taufan, hujan panas, dan pelbagai

semoga dengan apa dugaan dan pancaroba yang telah berlaku
ianya akan kembali tenang di laluan nya sendiri

bahtera yang mempunyai seorang nakhoda
seorang jurumudi
dan 3 puteri yang menceriakan suasana
 'YA ALLAH KAU PELIHARALAH KELUARGA KECILKU INI'

insyallah

Friday, 12 February 2016

Monday, 8 February 2016

tahniah dari kami

tahniah
cuti CNY kami tak kemana pun
cuma habiskan masa bersama-sama #keluargakecil ku ini
selamat bertunang sepupu ku
next fasa 1 /5/16 
dan seterus nya last fasa 30 /10/ 16

alhamdulillah...
semoga kekal hingga ke Jannah

Sunday, 7 February 2016

Febuarians Birthday

assalamualaikum...
kejap dah masuk bulan kedua untuk tahun 2016
cerita masih sama..perjalanan hidup makin mencabar
semoga kami dilindungi oleh NYA selalu

just nak wish birthday to all mylove

Happy Birthday To u olls

Sara Fardina - 7/2
Suri Zulaika - 17/2
Fakrul Amani - 26/2

mama doakan semua semoga sihat selalu
*anak kakak ai*

Saturday, 6 February 2016

Nandos - jgn ckp ucu tak payung

wink wink wink
ini nama nya rezeki jgn ditolak
terima kasih ucu sbb penuhi permintaan besday girl

memang sedap siap minta repert..hhhihiiiii


makan sampai kenyang
lepak sampai bosan

Friday, 5 February 2016

Saqinah turn to 8

assalamualaikum

alhamdulillah...my2nd akan meningkat usia
tahun ni dia dah darjah 2, so lapan tahun right?
selamat hari ulang tahun sayang mama

semoga my2nd akan sentiasa dibawah rahmatNYA
mama always with u, Saqinah
jadilah anak yang solehah
makan makanan yang berkhasiat, nanti cepat tinggi
belajar rerajin nanti dapat naik kelas

ape pun..mama sayang myPPG

semoga terang perjalanan hidupmu sayang

mybesday girl

#keluargakecilku

so yummy

Thursday, 4 February 2016

selamat bertunang ..

assalamualaikum

#th2006 masa tu tarikh bertunang 4 Feb 2006
masih segar dlm kotak pikiran
brape dulang berbalas
brape dulang dihantar
sbb masa tu semua adalah hasil kerja tgn sendiri

ya allah..kau lindungi lah hubungan kami ini
hingga ke akhir hayat kami
sesungguh nya aku amat mencintai dia ...
berilah kami peluang untuk mengecapi kebahagian yang ada
jadikan kami satu keluarga yang aman dan bahagia selamnya
amiin

aku & dia

Tuesday, 2 February 2016

walaupun cuaca panas terik...

assalamualaikum

saje nak mencoretkan sesuatu
pada masa sekarang ni , tengah musim panas
tp jangan sangka panas hingga ke petang
mungkin adakala nya mendung di tengahari atau hujan di waktu petang
jadi, kena lah sediakan payung sebelum hujan.

kesimpulan nya..
walau kehidupan kita sentiasa ceria dan bahagia
jangan lah anda risau sesekali kita diduga
bersedia lah dari segi segala apa pun
semoga hari hari yang penuh duri akan 
menceriakan jua di akhirnya

sentiasa dilindungi dan melindungi



Thursday, 28 January 2016

berlapang dada



semoga hari hari ku sentiasa dilindungi olehNYA
selalu lah berlapang dada untuk  pandang kehadapan


Friday, 22 January 2016

hujan air batu

jumaat 22 januari 2016
cuaca mendung sgt
hujan gerimis mengundang
peratikan dan dengar..mcm sesuatu pulak hujan kali ni
ohw....hujan batu/ais lah...
lama sgt dah tak merasa
dulu masa umur 5-6 tahun kot
kali ni hampir 36 tahun kendian

dlm pukul 4.15ptg dah mula 

berketul-ketul

besar - besar

bersepah sepah

akhirnya disudahi dengan "banjir'


jadi pada hari hujan tu aku tak boleh lah nak balik ontime
kena lewat time sikit
bagi reda sikit banjir tu , baru boleh diredah





Thursday, 21 January 2016

Shell Out

assalamualaikum

jom kita makan cengkerang cengkerang dr hasil bumi
sekali hadap untuk 4 keluarga
ada 3 dulang..sbb kena lah pakai dulang kan
kalau terabur mcm tu..tak cukup ruang rumah myMom tu
hihii..tu pun dah meriah sgt...
 jom layam..

simple but seronok

erm..boleh habis ke ni?

teropong dekat sikit..

ok siap !!! kami juara yey
alhamdulillah...terima kasih ayah

sepetang di padang

assalamualaikum

sepetang bergembira bersama
sesekali berkumpul beramai ramai ni memang seronok
memang kecoh meriah dengan gelak tawa
maka pada yang bekeluarga, luangkan lah masa bersama
jgn nanti sampai ia hilang dr pandangan mata
baru nak menyesal..






bergembira lah anak anak ku..
insyallah mama akan sentiasa bersamamu selagi hayat mama

girl's day out..

assalamualaikum..

i love myGF
kami always hang out together







harta dunia dan akhirat
racun dan penawar
jgn pisahkan kami
amiin.