Pages

Followers

Wednesday, 21 September 2016

Hilang Rahmat Allah

  • Seketika aku terpanggil untuk berkongsi info alam rumahtangga  yang makin mencabar di masa kini.
  • Ramai wanita stress dengan perangai suami masing2 sehingga kan ada yang ditimpa kemurungan yang berat.Ya Allah bantulah mereka dan sembuhkan mereka.  
  • Antara punca utama isteri tidak diberi perhatian oleh suami dan tidak dikasihi disayangi dibimbing dan tidak diajar dengan Islam dan Sunnah Nabi saw.. Bila KETUA KELUARGA terlupa maksud hidup ini yang sebenarnya. Tujuan Allah hantar ke dalam dunia ini dan mula sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam keperluan hidup dan tidak mengutamakan yang utama kerana lalai atau jahil

Isteri buat pahala tak berhenti...

dia bekerja bantu suami yang sebenarnya kerja cari nafkah ialah suami..suami kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga..Allah ber pahala sedekah buat wanita..mereka cuba bantu suami. ringankan beban suami kerana ALLAH

  • isteri mandikan dan uruskan anak anak seorang diri
  • isteri uruskan keperluan dan kehendak anak tanpa meminta duit dr suami
  • isteri kemas rumah dan layan karenah anak anak
  • isteri bersiap untuk suami (tu pun kadang difitnah , bersiap untuk lelaki lain)
  • isteri bawak anak  ke klinik/hospital
  • isteri sakit pening takde mc trus jaga anak dan urus rumah tangga. urus semuanya walau dapat cuti sakit. kalau robot boleh meletup.kalau kapal terbang boleh trehempas.inikan manusia bernama wanita.makan ala kadar,  tidur xtentu masa.
dia buat semua sedangkan dia ada SUAMI....
  • suami subuk dengan handphone 24jam dgn alasan buat kerja!!
  • sumi sibuk dengan urusan kerja luar, keluar malam2 macam orang bujang balik 4-5 pagi
  • suami sibuk tidor diruang tamu sedangkan nampak isteri mcm sotong buat semua kerja
  • suami sibuk memenuhi hobi sendiri (memancing,bersukan)
  • suami bila sakit baru tau duduk rumah dan minta perhatian mcm raja
  • suami bila penat berehat tak ingat dunia, tidur sepanjang hari
  • tapi...suami bila ditegur mula lah nak mengamuk , marah , melenting..

bukan nak salahkan suami/lelaki...dan bukan lah kata perempuan ni macam malaikat tetapi laluilah hidup ini dengan cinta dan perasaan...melihat dengan cinta...mendengar dengan cinta...berkhidmat dan bersama dengan cinta...

sakit jugak lah kalau duduk sebumbung tapi..hidup dengan syak wasangka buruk terhadap pasangan... melihat dengan benci dan dendam...mendengar kerana terpaksa....berkhidmat sekadar melepas batuk ditangga....cinta hanya pada nama..dasar nya....cinta makin pudar...

sebenarnya ini semua terjadi kerana hilang nya rahmat Allah..antara jalan yang terbaik
  • solat 2 rakaat minta pertolongan daripadaNYA, semua masalah dalam genggaman Allah, merayu kasih sayang dan rahmat Allah
  • jaga solat awal waktu.. solat tahajud bersama
  • suami balik isya dari masjid terus balik rumah dan buat amalan Ta'lim dengan keluarga
  • suami isteri harus olong menolong, suami kena berebut rebut nak tolong isterinya
  • makan bersama isteri dan anak anak semeja lagi afdal sedulang dengan kasih sayang
  • rajin ucap terima kasih sayang dan pujian buat pasangan
  • jika kita boleh layan orang luar baik2,ini pula isteri kita...
  • tidur bersama,peluk isteri ,belai dengan penuh kasih sayang..bercinta setiap hari sampai mati
  • bawa isteri berdakwah dan belajar ilmu dijalan Allah
  • jika ada ruang 3 bulan sekali bawalah isteri berdating untuk 3 hari, berdatinglah sehabis romantik hanya berdua...ya berdua tanpa anak (anak tinggallah dgn mak/mertua sekejap)
  • banyak luangkan masa bersama keluarga..bertukar tukar cerita..alangkah indah nya hidup seumpama Semanis Kurma
begitulah sedikit sebanyak info yang saya nak kongsikan. selebihnya...terpulanglah pada penerimaan memasing.Masyallah..indah nya alam rumah tangga...

#maaf andai ada yang tersinggung

2 comments: