Pages

Followers

Friday, 10 June 2016

Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-10

assalamualaikum

kalau ikut kan bulan islam..untuk tempoh 1 dekad@10 tahun aku dah berlalu pada 22Feb 2016 bersamaan 13 Jamadilawal 1437.

kejadian berlaku 10 tahun yang lepas,...dimana tarikh 10 Jun 2006 , tepat pada pukul 11am aku telah diijabkablkan oleh tok kadi di Masjid Kampung Sungai Knadis Klang. Alhamdulillah semua syarat-syarat dan pelbagai amanat telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, terutama lelaki yang aku nikahi.

betapa gembira dan bersyukurnya aku dengan pernikahan ini. kerana suami ku adalah cinta aku yang aku idamkan. walau dalam tempoh perkenalan dan sesi berkawan . ramai jugak yang ingin masuk jarum. tapi alhamdulillah cinta aku kuat. ini kerana aku yang jatuuh hati terhadap dia. maka akan ku jaga , akan kupertahankan, akan ku semadikan selamanya dia lah lelaki yang akan bertahta dlm hatiku. dan aku bertekad kau lah lelaki yang pertama dan terakhir menikahi aku. inysallah tiada yang lain.

seluruh keluraga ku trut meretui kami. kami hidup aman dan bahagia seadanya. andai perselisihanfaham tu biasalah, adat berumahtangga. tapi kami masih dpt membezakan mana yang haram dan halal serta mana yang boleh dan tidak.

selepas masuk fasa ke 9 tahun hingga kini....kehidupan aku diuji olehNYA..YA ALLAh....aku terima segala ujian Mu...aku redha segala janji Mu..aku pasrah dengan suratan Mu..aku cuba harungi..aku cuba bersabar..aku cuba redha..dengan segalanya..segala nya aku lakukan dengan baik,agar kecerian, kebahagiaan akan muncul kembali walau sedikit...

kami rindukan kenangan manis kami Ya Allah...
kami dahagakan kasih sayang mu...Ya Allah

semoga aku dan keluarga diberi sinar yang berkekalan hingga ke jannah...

selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun 10/6/2006 - 10/6/2016


1 comment:

  1. Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke Jannah

    ReplyDelete