Pages

Followers

Friday, 29 April 2016

ujian kifarah dosa ?

Apabila kita di uji
hati berbisik
orang sekeliling menasihati..

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

ya betul..tapi..
kita makin sedih..makin kecewa..makin meratapi dosa
Allah jua diajukan soalan
kenapa dan mengapa
kenapa aku..kenapa aku
kenapa aku?

wahai kawan(hati)...berhenti sejenak
tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

Allah dan janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO...
INNA MA'AL USRI YUSRO...
INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu bersama kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji..
bahkan lebih hebat daripada kita..
adakah kerana DOSA?
(Allahuma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badanya..terputus dua
adakah kerana DOSA?

Sumayyah dicampak ke dalam parit api
habis keluarga
adakah kerana DOSA?

Billa bin Rabah juga terseksa di dunia
dihenyak kan batu besar diatas dada
adakah kerana DOSA?


Bukan Bukan Bukan
Bukan kerana DOSA semata-mata..

Allah uji untuk menaikan darjat
Allah uji sebab dia kasihkan kita
Allah rindu airmata kita..
bahagianya....

manusia tak suka tengok orang menangis
tapi ALLAH suka !!!

BILA KITA MENANGIS , MALAIKAT TADAH AIRMATA..
SIMPAN DI AKHIRAT...AIRMATA KEINSAFAN KITA
YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU
MEMADAMKAN API NERAKA...

jangan prejudis pada Allah
pabila diuji
jangan menghukum diri
pabila diuji

lebih baik ambil wudhu'..
solat dua rakaat..
lepas salam..
istighfar dan selawat..
senyum emandang kelangit..biarlah air mata berlinang

Ya ALLAH....sungguh nikmatnya ujian darimu....



No comments:

Post a Comment