Pages

Followers

Thursday 28 November 2013

perasan tak?

mak merah
mak 'cream'
mak kelabu
mak biru
macam ada sesuatu yang aku sorok kan
benda ni mcm makin lama makin menonjol..
aku risau gak..tapi aku mcm endah tak endah jer
korang perasan tak?
ada kaitan dengan en3 yang lepas ker?

macam naik je....huhuuu

lama tak tayang  berat badan aku kan
sempat lah jugak aku g mesin duapuluhsen tu
tadaaaaaaaaaaaaaa...
7 november 2013
masa last timbang haritu agak ok2 jer
kali ni macam naik sikit..je.r.ker..ke.r.
kena control menu ni...

Asid urik tinggi punca gout

  • gejala dikesan apabila sendi besar seperti pergelangan kaki, tangan, lutut dan siku tersa sakit
  • sakit ini berlaku secara tiba-tiba dan jarang disebabkan oleh kecederaan ataupun kemalangan
  • radang yang berlaku adalah disebabkan oleh 'hablur' yang terbentuk pada kawasan sendi
  • tidak semua pesakit yang mempunyai paras asid urik tinggi akan mendapat gout
  • hanya 10% saja daripada mereka yang mengalami gout
  • 50% daripadanya berlaku pada sendi kecil ibu jari kaki, sendi besar seperti pergelangan kaki, lutut dan siku hanya berlaku jika kandungan asid urik terlampau tinggi
  • sakit ini digambarkan seperti dihiris dan seolah terdapat kaca dikawasan sendi berkenaan
  • kebanyakan kes gout adalah disebabkan oleh faktor keturunan, selain itu, masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, obesiti, kencing manis dan paras kolestrol yang tinggi juga menyumbang kepada gout
  • makanan yang kaya degan asid urik seperti daging merah contohnya daging lembu dan kambing antara sumber yang kaya dengan asid urik
  • makanan laut juga mengandungi asid urik yang tinggi seperti sotong,ketam,kerang,ikan bilis dan juga sardin
  • makanan dalam tin dengan fructose mengandungi kandungan asid urik yang tinggi contoh nya buahan yang ditinkan dengan air gula. minuman beralkohol juga perlu dielakkan
  • beberapa jenis kekacang dan sayuran seperti bayam dan cendawan adalah contoh sayur hijau yang perlu dikurangkan pengambilan nya bagi pesakit gout
  • pemeriksaan klinikal boleh mengesan sama ada sakit sendi itu adalah gout ataupun bukan,akan tetapi pemeriksaan darah juga penting bagi menentukan paras asid urik dalam darah
  • ujina sinarX boleh dilakukan tetapi tidak semuanya kelihatan melalui ujian itu terutama jika dilakukan pada  peringkat awal penyakit
  • rawatan awal biasa nya ubat penahan sakit dan ubat yang dapat menurunkan kadar asid urik
  • pesakit juga dinasihatkan untuk minum air dengan banyak, ambil vitamin C, kurangkan berat badan
  • minum kopi juga dapat mengurangkan dan menurunkan paras asid urik 
macam sakit nie kan
anyway..aku pun ada rasa yang sama mcm sinmtop2 diatas.cume tak ada kesahihan nyer lagi.
memang sakit wo....klu buat banyak jalan..memang akan lagi terasa. aku tak buleh lah nak pakai kasut 'ballet' katanyer.
teringin wey..pakai kasut mcm ni...tapi TAK BOLEH!!!!
so aku kena lah cari kasut yang betul2 tutup tang ibu-ibu jari tu... capai lah kasut peten ni..tapi....tetap terjojol keluar juga 'benjolan' tu
nampak kan....
sakit wooo.....
bila mlm hari..dpat urut-urut manja..memang sedap....sbb tu lah aku kena beli kasut baru dan betul2 yang serasi kot...hurm..tak byk pulak pilihan kasut cap buaya kali ni...yang aku rasa mcm selesa bila dipakai adalah yang mana aku capai dan bayar...jadi lah...asalkan tak sakit kot...
reward untuk diri sendiri
adakah aku tergolong dalam penyakit sendi? 

Monday 25 November 2013

sesekali..

sesekali aku ni kena g teraphy ..
teraphy ape yer..teraphy g n nyoping ler..hehee
rm29.90 @ 70% = rm8.70
rm39.00 @ 70% = rm11.70
rm29.90 @ 70% = rm8.70
rm59.00 @ 70% = rm17.70
rm69.90
alhamdulillah.......aku suke aku suke
sume on budjet kan.......asalkan beli yg baru..murah2 pun....baru kot kan..
satu kepuasan untuk aku....(dah gaji ke woittt)...

migraine remedy

my mom gave me an easy migraine remedy. she told me to eat 10-12 almonds as soon as possible and your migraine will disappear. this is because the almonds act as an equivalent to 2 aspirins.
test lah mana tau menjadi

5 cara mudah kurangkan demam selsema


  1. Minum cecair panas - sesetengah cecair boleh  membantu mencegah dihidrasi dan melegakan sesak hidung,tetapi minuman panas lebih baik berbanding minuman pada suhu bilik dalam melegakan gejala demam selsema begitu juga sakit tekak, demikian menurut Common Cold Centre di Universiti Cardiff United Kingdom. Jadi selain minum air yang banyak , minum sedikit teh panas atau air panas campuran sedikit limau dan madu. Dan semsetinya tiada yang menandingi keenakan sup ayam yang disediakan . Sup ayam dikatakan mengandungi bahan anti-keradangan dan boleh membantu melegakan dan melancarkan laluan lendir menerusi hidung.
  2. Berkumur dengan air - menurut pakar, berkumur dengan air garam yang suam dapat mengurangkan rasa sakit tekak dan membuat anda rasa lebih selesa. Cuba ulang berkumur setiap tiga hingga empat jam untuk kelegaan, sementara sembuh sepenuhnya.
  3. Minum sesudu madu - sekiranya anda sukar tidur sepanjang malam kerana batuk, cuba suap sesudu madu. Kajian an Adolescent Medicine mencandang dengan memberikan madu sebelum tidur dapat membantu menenangkan dan mengurangkan batuk anak anda . Tapi ingat, elakkan memberi madu kepada anak yang berusia kurang setahun kerana risiko botulism.
  4. Bebaskan hidung anda - gunakan ubat titisan saline hidung bagi melawan hidung tersumbat dan bagi mengekalkan tisu rongga hidung sentiasa lembap. Cara ini juga selamat dan tidak menyakitkan untuk kanak-kanak.
  5. Lembapkan kediaman anda - Demam selesama dan virus influenza lebih bertahan lama dalam keadaan yang kering. Penggunaan alat pelembap ' cool-mist' dapat melawan udara kering dalam kediaman yang boleh membawa kepada hidung tersumbat dan tekak yang gatal. Pastikan alat pelembap itu bebas dari bakteria atau kulat dengan menukar air setiap hari dan membersihkan unit berkenaan setiap tiga hari. 

   Tempat tidur adalah antara tempat terbaik yang dapat membantu merawat dan mengurangkan kesakitan.  Tidur malam yang kurang daripada tujuh jam adalah tiga kali lebih terdedah mendapat gejala demam selsema berbanding mereka yang mendapat tidur sekurang-kurangnya lapan jam.