Pages

Followers

Thursday 31 December 2015

menjelang 2016

BUAT KELUARGA
- kamulah yang sentiasa terpenting dan sentiasa memberikan motivasi dalam hidup saya

BUAT TERSAYANG (SUAMI)
- saya minta maaf kalau saya ada menyakitkan hati kamu

BUAT KAWAN_KAWAN
- maafkan jika saya ada silap dan salah samada yang sengaja dan yang tidak disengajakan

BUAT SAHABAT
-  jangan lupakan saya , bila sesuatu masa nanti kita terpisah  dan saya tiada lagi didunia ini

 BUAT YANG TAK SEHALUAN DAN TAK SEPENDAPAT
- maag bila selama ini saya selalu salah dan serba tak kena dimata kamu

BUAT ORANG YANG PERNAH MENYAKITI HATI SAYA
- terima kasih kerana anada mengajar saya bagaimana untuk terus bertahan dan bersabar

TERIMA KASIH SEMUA SEBAB SUDAH ADA DALAM HIDUP SAYA

yang menjadikan tahun 2015 sebuah coretan hitam putih kehidupan yang lebih bermakna dan akan dikenang sepanjang masa

perancangan & Azam 2016

Untuk berjaya  dalam apa jua bidang yang kita ceburi , kita wajib atasi 6 masalah KULIT yang mesti kita cegah iaitu :

1- KUDIS     @ kurang dispilin
2- KURAP    @ kurang rap
3- KUPENG @ kurang pengetahuan
4- KUTEL    @ kurang teliti
5- KUSTA   @  kurang stamina
6- KUTU     @  kurang tumpuan

Semua berpunca daripada :-

1- KUMAN @ kurang Iman
2- KULAT  @ kurang solat

#semoga berjaya mengatasinya

Formula menjemput rezeki :-
1.DHUHA- jika kita selalu buat 2rakaat,sekarang buat lebih rakaat.selepas solat DHUHA kita perlu baca surah AL-WAQIAH.waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jatd JUTAWAN, doalah jadi Jutawan Berkat.

2.TAHAJJUD- bangunlah menunaikan solat ini setiap malam.tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni.muhasabah diri dan mintalah pertolongan ALLAH sebulat-bulatnya.

3.AL-QURAN- bangun pagi jangan buka handphone atau rancang nak buat apa apa dulu, mandi dan wuduk terus baca al-quran dan terjemahan walau 1 ayat.


4.ZIKIR-Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7hari. jika tiada perubahan buatlah sehingga 40hari

5.Solat BERJEMAAH- terutama lelaki.org lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih

6.SILATURRAHIM- jangan memecahkan silaturrahim.maafkan mereka yang pernah sakiti hati kita dengan hati yang lapang dan tenang

7.BERSEDEKAH- sedekah punyai satu power yang luar biasa. ALLAH akan gandakan 10 dan lebih digandakan lagi 700 kali

8.SOLAT AWAL WAKTU- solatlah di awal waktu.jika tengah susun 40 batu , tiba ke batu ke 39 azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH - jangan mengharapkan manusia diluar sana

10.TAWAKAL DAN USAHA- minta sepenuh hati kepada ALLAH baru usaha


4 amalan surah setiap hari :-

* surah YAasin-setiap solat fardu
* surah Al-Waqiah-waktu dhuha
* surah Ar-RAhman-waktu asar
* surah Al-mulk-sebelum tidur

lain-lain:-
 *minumlah air masak 3 liter sehari
*jika perempuan mulalah pakai stokin.sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA ALAMAN TELAH DIBUAT,SEGALANYA AKAN BERUBAH

waalaahua'alam

Insyallah

alhamdulillah....berakhir 2015 dan bermula 2016

assalamualaikum..
walau bagaimana sibuk sekali pun
untuk coretan terakhir ditahun 2015 akan ku gahkan jua
walau cerita pun akan terlintang pukang

untuk 2015 ..pelbagai hitam putih kehidupan telah aku lalui
semoga 2016 akan menjanjikan kebaikan dan perubahan yang positif
semoga anak anak dan keluarga ku sentiasa dilindungi olehNYA

riang ria kami bersama

terima kasih kerana sudi menceriakan myPPG

bila myAnje dah mula membesar