Pages

Followers

Friday 29 April 2016

ujian kifarah dosa ?

Apabila kita di uji
hati berbisik
orang sekeliling menasihati..

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

ya betul..tapi..
kita makin sedih..makin kecewa..makin meratapi dosa
Allah jua diajukan soalan
kenapa dan mengapa
kenapa aku..kenapa aku
kenapa aku?

wahai kawan(hati)...berhenti sejenak
tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

Allah dan janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO...
INNA MA'AL USRI YUSRO...
INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu bersama kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji..
bahkan lebih hebat daripada kita..
adakah kerana DOSA?
(Allahuma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badanya..terputus dua
adakah kerana DOSA?

Sumayyah dicampak ke dalam parit api
habis keluarga
adakah kerana DOSA?

Billa bin Rabah juga terseksa di dunia
dihenyak kan batu besar diatas dada
adakah kerana DOSA?


Bukan Bukan Bukan
Bukan kerana DOSA semata-mata..

Allah uji untuk menaikan darjat
Allah uji sebab dia kasihkan kita
Allah rindu airmata kita..
bahagianya....

manusia tak suka tengok orang menangis
tapi ALLAH suka !!!

BILA KITA MENANGIS , MALAIKAT TADAH AIRMATA..
SIMPAN DI AKHIRAT...AIRMATA KEINSAFAN KITA
YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU
MEMADAMKAN API NERAKA...

jangan prejudis pada Allah
pabila diuji
jangan menghukum diri
pabila diuji

lebih baik ambil wudhu'..
solat dua rakaat..
lepas salam..
istighfar dan selawat..
senyum emandang kelangit..biarlah air mata berlinang

Ya ALLAH....sungguh nikmatnya ujian darimu....



Monday 25 April 2016

Hati Yang Mati

sekadar renungan untuk dikongsi bersama
di kala ini 
aku sering tertanya
adakah sifat sifat ini yang menjadi panduan seorang umat
kerana manusia seakan leka dengan dunianya sendiri
tanpa peduli perasaan orang lain
yanpa rasa bersalah menyakitkan org lain
ya ALLAh..jauhkan lah aku dari sifat sifat di bawah...


  1. Kita mengaku kenal Allah, tetapi kita tidak menunaikan hak nya
  2. Kita mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kita abaikan sunnah baginda
  3. Kita membaca al-quran , tetapi kita tidak beramal dengan hukum2 didalam nya
  4. Kita memakan nikmat Allah, tetapi kita tidak mensyukuri dengan pemberian nya
  5. Kita mengaku syaitan itu jahat, tetapi kita mengikutnya
  6. Kita mengaku ada nya nikmat syurga, tetapi kita tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Kita mengaku adanya seksa neraka, tetapi kita tidak berusaha menjauhinya
  8. Kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kita tidak bersedia untunya
  9. Kita sibuk membuka keaiban orang lain, tetapi kita lupa keiban kita sendiri
  10. Kita menghantar dan meguburkan jenazah dan mayat, tetapi kita tidak ,mengambil iktibar drpanya.

sedikit info untuk perkongsian bersama
betul tu..