- Minum cecair panas - sesetengah cecair boleh membantu mencegah dihidrasi dan melegakan sesak hidung,tetapi minuman panas lebih baik berbanding minuman pada suhu bilik dalam melegakan gejala demam selsema begitu juga sakit tekak, demikian menurut Common Cold Centre di Universiti Cardiff United Kingdom. Jadi selain minum air yang banyak , minum sedikit teh panas atau air panas campuran sedikit limau dan madu. Dan semsetinya tiada yang menandingi keenakan sup ayam yang disediakan . Sup ayam dikatakan mengandungi bahan anti-keradangan dan boleh membantu melegakan dan melancarkan laluan lendir menerusi hidung.
- Berkumur dengan air - menurut pakar, berkumur dengan air garam yang suam dapat mengurangkan rasa sakit tekak dan membuat anda rasa lebih selesa. Cuba ulang berkumur setiap tiga hingga empat jam untuk kelegaan, sementara sembuh sepenuhnya.
- Minum sesudu madu - sekiranya anda sukar tidur sepanjang malam kerana batuk, cuba suap sesudu madu. Kajian an Adolescent Medicine mencandang dengan memberikan madu sebelum tidur dapat membantu menenangkan dan mengurangkan batuk anak anda . Tapi ingat, elakkan memberi madu kepada anak yang berusia kurang setahun kerana risiko botulism.
- Bebaskan hidung anda - gunakan ubat titisan saline hidung bagi melawan hidung tersumbat dan bagi mengekalkan tisu rongga hidung sentiasa lembap. Cara ini juga selamat dan tidak menyakitkan untuk kanak-kanak.
- Lembapkan kediaman anda - Demam selesama dan virus influenza lebih bertahan lama dalam keadaan yang kering. Penggunaan alat pelembap ' cool-mist' dapat melawan udara kering dalam kediaman yang boleh membawa kepada hidung tersumbat dan tekak yang gatal. Pastikan alat pelembap itu bebas dari bakteria atau kulat dengan menukar air setiap hari dan membersihkan unit berkenaan setiap tiga hari.
Tempat tidur adalah antara tempat terbaik yang dapat membantu merawat dan mengurangkan kesakitan. Tidur malam yang kurang daripada tujuh jam adalah tiga kali lebih terdedah mendapat gejala demam selsema berbanding mereka yang mendapat tidur sekurang-kurangnya lapan jam.
No comments:
Post a Comment