Pages

Followers

Thursday, 16 May 2013

asalkan ada..

masa besday haritu...
sepupu aku bg hadiah buku ni
best tajuk die
bukan aku tak nak baca..cume tak sempat jer
sbb kejarkan kije2 yg tertangguh n tersedia
mlm2 sebelum tidur dah bacakan buku tuk PPG pulak.
so dr terbiar...aku suh my1st baca kuat2.sementara mama g masak..heehee.
yg dua lagik tu leka layan iphone
 antara tajuk2 yg sempat dibacakan

-KEUTAMAAN MEMPUNYAI  ANK PEREMPUAN-
 -Iman Ghazali dalam perkara ini berpendapat; hendaknya orang jagan terlalu bergembira kerana mempunyai anak lelaki, dan jangan pula terlalu susah kerana mempunyai anak perempuan, kerana dia belum tahu mana diantara mereka yang lebih baik. Banyak orang yang mempunyai harapan supaya mereka dapat anak lelaki, dan banyak juga yang mengharapkan supaya mereka mempunyai anak perempuan, untuk diketahui bahawa kebahgiaan itu biasanya terdapat pada banyak nya anak perempuan, dan pahala itupun lebih banyak terdapat pada anak-anak perempuan.

-Dalam perkara ini Rasulullah SAW bersabda:
  " Branag siapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan die seperti ini ; sambil Nabi merapatkan jarinya'"
(Hr.Bukhari dan Muslim).

"Barang siapa yang mendapat kesusahkan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan,tetapi die tetap berlaku baik kepada meraka, nanti pada hari kiamat  mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka." 
(Hr.Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau tiga sudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga."
(Hr. Tarmizi dan Abu Daud)

-Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan yang dipeliharanya, disayangainya dan dididiknya tentulah ia mendapat syurga."


amin..amin...amin...trus mak nye bg ceramah kat PPG...heeee...

No comments:

Post a comment