Pages

Followers

Friday, 15 February 2013

9 tips elak penceraian

sekadar renungan bersama
baca2 paper tetibe terjumpe pulak info ni..
so saje2 lah aku mengabadikan di belog aku nie..

semua pasangan suami/isteri tidak mengizinkan penceraian berlaku dlm perkahwinan
 yang dibina . Justeru ada banyak cara yang diketengahkan untuk mengelak perpisahan ini. Ia harus dipraktikan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini ada sedang berbahagia.

1. Komunikasi dua hala ~ Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan. tak kira dimasa saja berada. JIka ada masalah, sebaiknya dibincangkan dlm suasana yang santai. Pasangan tidak perlu menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada dlm satu bumbung.

2. Keterbukaan tentang masalaah seks ~ Seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi seks adalah untuk mendapatkan zuriat keturunan dan ekspresi cinta malah ada yang mengakui hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan stress setelah seharian bekerja. Elakkan kebosanan pasangan harus mencuba teknik atau posisi baru mungkin lokasi juga boleh merangsangkan kan hubungan anda. Namun apa yang perlu diingatkan , dalam hubungan seks harus berkomunikasi dengan pasangan anda untuk lebih memahami antara satu dgn yang lain.

3. Menerima pasangan seadanya ~ Ketika sudah menikmati hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Maka setiap pasangan harus saling menyesuaikan diri, dan menerima pasangan dengan seadanya. Antara nyer perbezaan persepsi, wawsan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi  jika masing-masing saling berusaha untuk memahami dan menilai diri.

4. Jangan biasakan berbohong ~ Pasti dlm perhubungan ada berlaku pembohongan, bukan? Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anada akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

5. Jangan cemburu berlebihan ~ Ramai yang menyatakan bahwa cemburu itu tanda nya sayang. Betul ker? Walaupun ada benarnya cemburu tanda sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta.Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.Misalnya anda telah melihat suami keluar berdua dengan rakan sekerja wanita dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan tanpa usul periksa dan bukti. Nak itulah dinamakan cemburu tak bertempat  atau cemburu buta.

6. Hindari kecurangan ~ Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tetapi tidak didengari. Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasa kepuasan seksual atau godaan dari wanita lain. Perkara pertama yang dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.

7. Cari orang tengah ~ Sekiranya  masalah yang berlaku antara suami/isteri tidak dpt diselesaikan, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang tengah itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami/isteri seperti mentua , bapa saudara , mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik dari mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

8. Tetap mesra ~ Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta sahaja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

9. Pasrah kepada yang Esa ~ Behadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu denganya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segara.

jom layan
semoga menjadi renungan bersama

No comments:

Post a Comment