Pages

Followers

Monday, 12 November 2012

appendik


Hari Jumaat lagi kami adik bradik dah kobar2 nak masak esok hari nyer untuk menu makan beradap pengantin anak Haji Thoha,,tapi......

Seawal pagi Sabtu 10/11/12 aku dah diserang sakit perut yg amat sgt...rasa seram sejuk badan yg teramat sgt. Aku turun dr bilik sorang dulu after muntah aku pun naik bilik ..tapi rasa mual masih terasa. Aku kejut kan my3rd sekali sbb senang kan ape2 terjadi die dah kat bawah....yg 2 lagi sedang lena diulit mimpi. Siap my3rd sapukan Vicks kat perut aku, ajak borak..sekali die nampak aku muntah die pun nak muntah sekali..huhuuu....tak lama tu die trus tidur...aku ler layan perit n loya aku ni....

Apakah aku tersalah mkn? Last mlm tadi aku mkn maggi tomyam tapi nalaaaa punyer pedas... sambil layan perut ..layan gak mata yg dah ngantuk ni....tpi muntah lagik dan lagik... sejak pukul 3-7 pagi..dah dekat 6 kali aku muntah air sahaja.

myB balik aku suh belikan 100+...konon bg tenaga..tak jalan gak...dah ler 1day aku dok terjelepok kat kusyen..nak bgun ya ampun..sakit nyer bawah perot ni...apah kan apendik? apakah angin? apakah peranakan turun? Ahad nyer pun stil sakit jugak..tp aku byk gak gerak nyer..tp nak jalan bagai org dlm pantang beb.....So today monday 12/11/12 aku pun ke google mencari input pasal sakit nyer aku semlm...dan terjumpe ini? haruskah..adakah.....beranikah.....hurm.....
RADANG APPENDIK (Appendicitis)

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.



Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.

Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

• sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
• jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain.

Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedudukan appendik seseorang seperti :
• Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
• Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
• Loya dan muntah-muntah
• hilang selera makan
• sembelit
• sukar membuang angin
• cirit-birit
• bengkak pada abdomen
• demam

Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

KOMPLIKASI



1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

RAWATAN



PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

sumber : www.mayoclinic.com
penterjemah : nadzira ghazali
http://klinikmansurah.blogspot.com/


Lagi artikel pasal Radang Apendiks :

RADANG APPENDIKS

Apa itu Apendiks?

Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum.

Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang
Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)

Apa itu Radang Appendiks?

Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak

Apakah Penyebab Radang Apendiks?

Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.

Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?

Gejala:
• Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah
dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah
apabila bergerak, batuk atau bersin.

Gejala Lain yang berkaitan
• Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
• Loya dan kadang-kala muntah
• Sembelit atau cirit-birit
• Kurang selera makan
• Abdomen membengkak

Tanda-Tanda:
• Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
• Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan

Ujian:
• Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
• Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing

Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak dan orang tua.

Apakah Bahayanya Radang Appendiks?

Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan cepat seperti:

• Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke
dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh
membawa maut.

• Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak

Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?

Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan
adalah cepat jika tiada komplikasi.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/

No comments:

Post a Comment