Pages

Followers

Friday 25 May 2012

ApamPolkaDot

saya nak cerita kat awak2 semua
suka makan apam dot-dot
sti semua suka kan...saya pun suka!
 pe kata u olsss try test contest ni

Pertandingan bergambar dgn apampolkadot

menarik kan..

hadiah yang disediakan sgt lah best2 tau
tak lupe jugak dengan ramai yg sudi berkongsi hadiah sampingan
 syarat2 nyer mudah jer

*beli apam melalui address  ni
*posing lah sakan2 dgn apam yg cute2 tu yer.. (jgn sampai tercekik tau)
*pastu kongsk\ikan gambar2 u ols tu kat sini
*pastu suh kawan2 LIKE byk2 yer,,,,,tak rugi tau.

mudah kan..cer cer cuba lah yer

cute sgt

Untung Sabut Timbul, Untung Nasib Boleh Menang weyyy....

Selamat Mencuba

Mertua VS Menantu

Tips memastikan hubungan dengan mentua-menantu sentiasa baik
  • Cuba bermesra – Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.
  • Dahulukan keluarga anda – Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini.. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa ‘jauh’ dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.
  • Usah babitkan anak-anak dalam masalah – Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.
  • Dapatkan nasihat – Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.
  • Terima seadanya – Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.  


 untuk renungan bersama:-

sesiapa yg ada mertua hargailah ia seadanya
jgn sesekali engkau menyakiti hatinya
tapi kalau jenis yg xde hati n perasaan...ape pun tak boleh....TUNGGU balasan nyer..amin

Thursday 24 May 2012

cenonet

my3rd
umur dah 1 tahun 9 bulan
gigi baru ada 8 batang
rambut sangat kerinting
mulut sangat becok ( like i ler kan)
kuat sangat merajuk
suka panjat2....
pantang ada peluang
Biar anak yang nangis
Jgn sampai mak2 yg nangis
 motip:  panjat ler marysa ..nangis ler kome...
nak suh bawak g taman maleh ler aku wey...
dah lewat petang nak merembang ke senja ni..duk diam dlm umah jer yer...haaaaa

YB Burger

salam berhari selasa
yeeehaaaahuuuuuuuuuuuwaaaaaaaaaaheeeyaaa
 mengeliat sikit..hee
 aku nak cerita pasai berger
aku jarang suke nak mkn berger warung ni..
maybe tak minat sgt kot..herm..
mkn nasi n lauk lagik kenyang beb..
 semlm aku ngetes la Yb berger kat sec 7 s.alam
herm...memang berbaloi sgt lah kan
 salim's family semua rasa
gini ler ruper banner nyer
herm..nyaman masuk tekak

gini ler rupe nyer



roti - honey oat
patty - blackpapper
sos - cili
sayur - salad + tomato + carrot
buah - nenas
daging - lembu
sos tambahan - chezzy
cheese - 2 keping (budjet)

rm42 ringgit
rasa yg sangat nak makan lagi
hehheeee.

Monday 21 May 2012

ingat !


aku sedih sangat
fikir dan fikir , belek dan belek , ingat dan ingat
 kenapa semu ni terjadi
maybe adalah sebab nyer semua ini terjadi
 aku tanamkan dalam hati sanubari ini
aku tak akan garang lagi
 GARANg kah aku?
hanya yg rapat tau betapa garang nya aku
hurm..
 minta maaf byk2 pada yg tersayang

picnic

cerita hari sabtu
skrg ni tengah musim panas
aktiviti kami sefamily tak lain tak bukan mana lagik..jom g picnic

mana?
v

v
v
V
mana satu?
Ulu yam sudah..hehee..
 kami g bawak nenek sekali
sampai je kat area gombak hujan lebat sgt
tapi alhamdulillah tibe kat ulu yam nyer
hujan pun makin reda
dapat lah PPG merendamkan badan
aku n myMOm pun tak ketinggalan lah kan
mesti kena secelop
air nyer tak sejuk sgt
port kami kat area sini
hari sabtu kurang sikit orangnyer
tapi best lah...buleh g lagik next week..

balik dah lewat mlm..so bilas n trus tidor je lah kan
ZZzzzzZZZzzzzz