Pages

Followers

Friday 11 May 2012

susu ibu


 Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

cap ibu dan anak

my3rd dah 1tahun 9bulan and alhamdulillah die still menyusu badan
tapi time aku g bekerja die tetap minum susu formula lah kan
tapi aku balik jedr tugasan.terus melekat ler..
hahhhaa....


nak buat tapi..

assalamualaikum
aku ada hati nak buat
tapi mcm malas
sebenarnyer ade je masa nie
line clear org kata..huhuu
tp aku tengah MALAS

Monday 7 May 2012

sesi mendobi

assalamualaikum
setelah merehatkan mata n badan
puas bercuti n balik kampung
seb baik dah sain form cuti awal2 yer..
so today 2/5/12 hari mendobi serumah
lihat lah bekalan kami ber5
4 beg plastik yg belum dibasuh
satu besen yg tggu nak bersidai
kat ampaian de lagik yg belum kering yer..
cuti2 memang best..time kemas..mama sensorang jer yer..
 huhuuuhuu...

Stobery Farm @ CH

last destination at CH nie
jom kite perabis kan masa kat kebun sayur / stobery
kite org g jauh kat atas bukit


jalan2 je yer...rm30 sekilo

eksen jer tu



sibuk jual tomato

tetibe pulak..
hahhaaaa.
toing..toing...
bby sawi
kobis bulat
segar2 je kan..
lobak puteh
1 Malaysia
ok...sesi lawatan dah berakhir
jom kita balik umah yer..
esok2 ada rezeki kita dtg lagi
balik tu kami singgah kat Barrat teh Cameron
kat situ aku capai teh uncang untuk kegunaan sendiri

turun dari Ch dlm pukul 8.00mlm
sekali jalan ikut Tapah betul2 menduga keloyaan dowh..
my1st n my2nd sume dah tewas..
 aku ler yg control ayu rasa dah sebotol minyak cap kapak aku wat masker kat dahi,muke,leher
hahhaaaa...layan slow2 yer papa
alhamdulillah sampai kat kawasan rata tepat pukul 10mlm
ape2 isi perut dulu..kemas2 kawsan yg tertumpah isi perot
dan teruskan perjalanan sampai di RnR ulu bernam
kami tidur disitu dr pukul 1.00am - 5.00am
sampai di istana ku lebih kurang dlm pukul 6.30am
punyer lah penat n letih
so jom sambung tidur kat tilam buruk laks

Teh Boh Farm @ CH

jeng..jeng.....mencabar rupenyer nak kesini
keta yg byk jasa
jom naik lebih tinggi n menikmati keindahan
leka tau...
msti kena amik gambo kat sini
pekerja cuti (hari buruh ) tp kilang beroperasi..
sesi nak amik gambo
sedap nyer die
tea time
mkn leklok yer..
dah kenyang eh..jom kite
siap tapau..
lepas ni kite g kebun sayur yer..

Rose Centre Kea Farm @ CH

acara wajib sebelum cek out dr bilik
sesi potografi lah kan

Never Ending Story
muke mak at 32 tahun nie..hhehhee
pulang n amik kunci kat sini lah
ok settle sume urusan..next 
jom kite g Rose Centre
best nengok org soping...kami tak soping..huhuuu
atas tu natasya nyer..
masuk2 je nampak ni
bayaran masuk kat sini
dewasa : rm5
kanak2 : rm3
pose dari kami
tinggi tau puncak rose ni
dipuncak rose centre
kami the gurls
kami yg suka bunga

 ok sesi lawatan ke taman bunga sudah settle
penat woooooo...tinggi memuncak nun ha..
jom kite minum teh..







bekpes kami @ CH

sambungan cerita mlm tadi
bgun pepagi dah mintak mandi battab lagik..
okey jer..tp kena sarap dulu yer...
muke belum mandi
sandwich tuna  berbiskut
salad ko pepagi nih...hahaaa
sehingga tak terkata
yang ni tak heran nak mkn...
lepas makan seperti yg dijanji kan
dapat bercelop2 jadilah kan
sakan kan
lepas cek out jom kita g petik stobery

aktiviti mlm2 @ CH

saje nak cerita pasal kat bilik diwaktu mlm
lepas dah puas jejalan n makan2

my1st : mama nak mandi ke tak mlm nie?
aku: mandi lah..air sejuk kan tu...best 
aku tak bgtau de air panas coz td kan xde bekalan air katanyer
my1st: sejuk sgt tu mama
aku: g lah mandi battab tu..papa de surprise
hehee....sekali tu..tak hingat
memula kat sinki jer
mana leh tahan kan...ade yg besau...pe lah sgt dok kat sinki yg kecik ni kan
berendam sampai puas
maybe pihak resort tak jadi Xadakan air kot..hhahaa.
 dah puas berkubang time to sleep...
mlm2 jadi katil queen okey..
mama n papa de hal sikit...hehheeeee
lena ku di CH
 

Pasar Malam Brincang @ CH

capai jugak hajat my1st nak g taman lebah
lepas ni capai hajat mak nyer pulak..
 nak g pasar brincang
kata org klu g CH tak sini tak best..best ek....jom lah kita
view dr ketapink..jem lah jugak
ramai yg nak balik dah kot..kot lah kan
kami baru sampai (30/4/12) je kan
paking senang gak..kat tempat paking yg disediakan..
my2dn suke dpt mkn stobery coklat
stobery ada 3 cucuk (1cucuk ada 3 bijik yg kecik) rm5
sekali jer lah yer....esok2 kite buat sendrik okeyy..
sehingga menjilat mangkuk
stil jilat mangkuk sambil tggu papa..my1st dah penat
gula2 untuk kawan2 kat skul ye mama
suka mkn madu yer..rm1 sebatang
dinner tu kami beli yg simple2 jer
jagung mutiara-nasi ayam berempah-dan kuih2 sikit
sekali sampai bilik..berlambak rupenyer

ulam2 pun ada..cecah dgn mayonis tausen ailan..weee
dinner time yg hujung tu bz dgn aktiviti sendri
sampai mlm sejuk sgt tau simen yg kite pijak tu
ekon kat sini memang tak diperlukan lah yer
selipar atau sarung kaki sgt2 diperlukan